skip to main | skip to sidebar

PDK MUTIARA WP LABUAN

Pusat Latihan, Pembelajaran dan Aktiviti Harian Khusus Bagi Golongan Orang Kurang Upaya (OKU). "Bersama Komuniti Membangun OKU". Tel/Fax 087 460682

Sistem Pendaftaran OKU Online

Sistem Pendaftaran OKU Online

RUJUKAN UTAMA

  • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
  • :: MAKPEM :: National Council of Welfare and Social Development Malaysia
widgeo.net

SUMBANGAN DAN DERMA IKLAS BOLEH DIHULURKAN KEPADA:-

Bagi menjayakan program ini sokongan, bantuan serta sumbangan dari semua pehak amat diharapkan. Segala sumbangan boleh dihulurkan ke;

AKAUN PDK MUTIARA WP LABUAN

NAMA BANK :

BSN

CAWANGAN :

WP LABUAN

NO. AKAUN :

1211 4411 0001 4922


NAMA PEMEGANG AKAUN :

PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI MUTIARA, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)

KATEGORI OKU

1 . Kurang upaya pendengaran

Kurang Upaya Pendengaran bermaksud tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaranTerdapat empat tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU kurang pendengaran iaitu:

a) Minimum (Mild) - 20 - < 30db)

b) Sederhana (Moderate) - (30 - < 60db)

c) Teruk (Severe) - (60 - <90db)

d) Sangat Teruk (Profound) - (>90db)

2 . Kurang upaya pertuturan

Kurang Upaya Pertuturan bermaksud mereka tidak boleh bertutur hingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini perlulah kekal atau tidak akan sembuh. Di bawah senarai mereka yang boleh dikategorikan bermasalah pertuturan dan perlu disahkan oleh Pakar Otorinolaringologi sekiranya ada kemusykilan. Keadaan ini termasuk kategori - kategori berikut iaitu:

3 . Kurang upaya penglihatan

Kurang Upaya Penglihatan adalah individu yang tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan tterhad di kedua - dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh. OKU penglihatan yang dimaksudkan boleh dibahagi kepada:-

Terhad bermaksud penglihatan lebih teruk dari 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantuan penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 darjah dari fixation

Buta bermaksud penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fixaton

*Buta sebelah mata tidak didaftarkan sebagai OKU.

4 . Kurang upaya fizikal

Kurang Upaya Fizikalbermaksud mereka yang mengalami keadaan seperti hemiplegia, paraplegia, tetraplegia, kehilangan anggota, kelemahan otot-otot yang mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti-aktiviti asas seperti penjagaan diri sendiri, pergerakan, penukaran posisi tubuh badan. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat hidup berdikari serta menghalang penyertaan penuh mereka di dalam masyarakat.

Keadaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau ketidakfungsian sistem-sistem seperti sistem saraf, kardiovaskular, respiratori, hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal ginekologi dan lain-lain.

Contoh penyebab ketidakupayaan ini adalah:

1. Limb defects(congenital/acquired)

2. Spinal Cord Injury

3. Stroke

4. Traumatic Brain Injury

5. Kerdil(Anchondroplasia)

6. Cerebral Palsy

Individu yang mengalami keadaan kekurangan tanpa menjejaskan fungsi contohnya kehilangan jari, mempunyai lebih jari/polydactaly dan tidak ada atau tidak sempurna cuping telinga tidak dipertimbangkan bagi pendaftaran.

5 . Masalah pembelajaran

Masalah Pembelajaran adalah satu keadaan di mana seseorang itu menghadapi masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah lewat perkembangan global, sindrom Down, lembam dan kurang upaya intelektual.

Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti autrisme(Autistic spectrum disorder), iAttention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik (dyslexia, dysgraphia, dyscalculia dll

6 . Mental

Kurang Upaya Mental bermaksud seseorang yang menghadapi penyakit mental yang teruk yang telah menjalani rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya 2 tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami dan telah menjalani rawatan psikiatri, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat.

Di antara jenis - jenis penyakit mental tersebut ialah Skizofrenia, paranoid, other Psychotic Disorder; Mood Disorder (depression, bipolar) dan Organic Mental Disorder yang serius dan kronik.

Walau bagaimanapun, pakar psikiatri akan menentukan bahawa tahap kefungsian sosial, kognitif dan kawalan tingkah laku pesakit terjejas dengan ketara atau teruk sebelum beliau dipertimbangkan bagi pendaftaran OKU.

7 . Kurang Upaya Pelbagai

Kurang Upaya Pelbagai bermaksud bagi individu yang mengalami lebih dari satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan dalam kategori - kategori yang sedia ada. Contohnya seorang individu yang mengalami ketidakupayaan penglihatan dan pendengaran akan didaftarkan dalam Kategori Kurang Upaya Pelbagai.


KETAKUPAYAAN PEMBELAJARAN

Bermaksud masalah khusus di dalam otak kanak-kanak ini, yang menjejaskan cara seseorang itu memproses dan bertindak balas terhadap sesuatu maklumat. Terdapat beberapa bentuk ketakupayaan pembelajaran iaitu;

§ Disleksia - ini adalah ketakupayaan pembelajaran yang menjadikan kanak-kanak itu sukar membaca, menulis, dan mengeja dalam cara yang biasa.

§ ADHD(Attention Deficit and Hyperactivity Disorder) - ini adalah satu gangguan yang menjejaskan keupayaan otak untuk menumpukan atau memfokus kepada sesuatu benda. Misalnya, seseorang kanak-kanak itu mungkin normal, cerdas, dan bijak tetapi dia tidak dapat menumpukan perhatiannya dan mengawal tingkah lakunya sendiri.

§ Dispraksia - ini satu ketakupayaan pembelajaran yang melibatkan masalah dengan gerakan anggota tubuh.

§ Diskalkulia - satu jenis ketakupayaan pembelajaran yang melibatkan matematik, apabila kanak-kanak itu mengalami masalah dalam pengiraan dan hitungan. Walau berkali-kali diajar dengan cara yang paling mudah, namun di tetap sukar memahaminya.

§ Autisme - ini pula merujuk kepada ketakupayaan kanak-kanak mengalami dunia persekitarannya, sebagaimana yang dialami oleh rakan-rakannya yang normal. Mereka sukar bercakap dan berbual-bual, sebaliknya mendiamkan diri serta memerlukan bantuan untuk berkomunikasi. Mereka juga bertindak balas dalam cara yang berbeza. Bunyi yang indah mungkin membingitkan telinga mereka. Sentuhan dan belaian yang manja mungkin menjadi sesuatu yang tidak disenangi. Mereka juga tidak dapat mengaitkan sesuatu perkataan dengan maksudnya. Jadi, mereka mungkin mengulang-ulang perkataan-perkataan tertentu, panas baran, dan bertindak balas secara luar biasa.

OBJEKTIF PENUBUHAN PDK MUTIARA

Program alternatif kepada perkhidmatan pemulihan untuk golongan orang kurang upaya (OKU) menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat.

PDK juga merupakan satu pendekatan pembangunan ke arah sokongan dan kesedaran masyarakat dalam membantu OKU untuk mengecapi taraf hidup yang lebih selesa.

Mengeratkan hubungan keluarga di mana orang kurang upaya tidak perlu dipisahkan dari keluarga dan masyarakat mereka semasa menjalani pemulihan.

Ibu bapa/keluarga/penjaga dan masyarakat dapat didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan kaedah pemulihan.

HARI SINDROM DOWN SEDUNIA

HARI SINDROM DOWN SEDUNIA
21 MAC SETIAP TAHUN

WORLD AUTISM AWARENESSDAY

WORLD AUTISM AWARENESSDAY
02 APRIL

CEREBRAL PALSY AWARENESSDAY

CEREBRAL PALSY AWARENESSDAY
25 MAC SETIAP TAHUN

TUJUAN PERLAKSANAAN PDK

• Meningkatkan kualiti hidup golongan orang kurang upaya ke tahap maksimum

• Memberikan kesedaran kepada msyarakat setempat bahawa golongan masyarakat yang tidak berupaya perlukan bantuan

• Memberi pengetahuan, kesedaran pemulihan kepada golongan orang kurang upaya, ahli keluarga dan saudara mara terdekat dalam pemulihan

• Membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan ahli keluarga, golongan profesional, sukarelawan dan komuniti tempatan dalam merencanakan program untuk golongan kurang upaya

• Memulihkan OKU supaya boleh berfungsi sebagai orang biasa

• Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat komuniti

• Mengurangkan penempatan jangka panjang yang menyebabkan OKU disisih atau dijauhkan dari keluarga dan masyarakat

• Menyediakan peluang bagi OKU untuk membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi mereka melalui sumber-sumber yang ada

• Membolehkan integrasi sosial bagi golongan OKU yang mengurangkan sekatan fizikal, sosial, kebuadayaan dan psikologi yang wujud antara ahli masyarakat dan golongan OKU

• Menggalakkan penggunaan kaedah teknik pemulihan yang berkesan yang diterima masyarakat, sesuai dengan keadaan tempatan dan kemampuan

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU

1989 - kONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK ( Malaysia terima pakai pada 1994 )

Perkara 23 : Hak kanak-kanak Kurang Upaya

" Seseorang kanak-kanak kurang upaya mempunyai hak terhadap jagaan, pendidikan dan latihan khas untuk membantunya menikmati kehidupan yang sepenuhnya".

DEFINISI OKU

" seseorang yang tidak berupaya untuk menentukan sendiri sebahagian atau sepenuhnya keperluan hidup dan / atau kehidupan sosial, akibat ketidakupayaan fizikal atau mental yang berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu" ( WHO 1980)

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008,

“OKU termasuk mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat”.

Akta Orang Kurang Upaya 2008

Akta OKU telah diluluskan di Parlimen ( Dewan Negara ) pada 24 Disember 2007 dan telah diwartakan pada 24 Januari 2008 dan dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008.

Akta ini memberikan pengiktirafan hak OKU dan menukar konsep OKU daripada konsep kebajikan kepada konsep right-based.

Akta ini membolehkan OKU mempunyai hak penyamaan peluang dan penyertaan penuh dalam masyarakat setara dengan ahli masyarakat yang lain. Akta ini memperuntukan perihal berkaitan pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pembangunan dan kesejahteraan OKU.



SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Murphy Sarawak Oil Company Limited

ARTIKEL SEMASA

  • Terima Kasih Kepada Syarikat MURPHY
  • Diolog Bersama Ibubapa
  • Hari Bersama Pelanggan
  • Aktiviti Semasa
  • Lawatan Bersama Pegawai JKM
  • Aktiviti Semasa
  • Kursus DiNury
  • Majlis Sambutan Hari Raya
  • Aktiviti Harian Diteruskan
  • Sumbangan Hari Raya
  • Penyerahan Sumbangan Derma Scomi
  • Lawatan Datin Nafesah Raja Nong Chik
  • Blog Post
  • SCOMI DAN ANDA
  • Sensory Integration Terapi
  • Aktiviti Morning Talk
  • Latihan Muzik Terapi
  • Latihan Pengurusan Diri
  • Aktiviti Gotong Royong
  • Aktiviti Bacaan Yassin
  • Lawatan Amal Pelajar UMS_KAL
  • Bersama Membantu
  • Blog Post
  • Aktiviti PDK Mutiara
  • Sehari Bersama OKU
  • Ramai Antara Kita Tidak Tahu
  • Sesi Latihan
  • Pengalaman dan Kenangan Digigit Pelatih
  • Sambutan Maulidurrasul Bersama JKM WP Labuan
  • Latihan dan Aktiviti Harian
  • Sukan Kebangsaan OKU JKMM
    • Blogger Template by Blogcrowds

      Tuesday

      AKTIVITI MAJLIS BACAAN YASSIN BULANAN - KEMAS KG TANJUNG ARU



      Posted by PDK Mutiara at 05:49  

      Labels: pdk, pdk labuan, pdk mutiara labuan, pemulihan dalam komuniti

      0 Comments:

      Post a Comment

      Newer Post Older Post Home
      Subscribe to: Post Comments (Atom)

      SAMBUTAN HARI SINDROM DOWN

      SAMBUTAN HARI SINDROM DOWN

      Bersama kita meraikan

      Bersama kita meraikan

      PDK MUTIARA WP LABUAN

      PDK MUTIARA WP LABUAN
      KG 0329, KAMPUNG GANGGARAK, PETI SURAT 80286, 87012 WP LABUAN TEL/FAX : 087 467806

      PENYELIA PDK MUTIARA

      PENYELIA PDK MUTIARA
      Pn. Safiah Binti Nikman

      PETUGAS PDK MUTIARA

      PETUGAS PDK MUTIARA

      PETUGAS PDK MUTIARA

      PETUGAS PDK MUTIARA

      PETUGAS PDK MUTIARA

      PETUGAS PDK MUTIARA

      Petugas PDK Mutiara

      Petugas PDK Mutiara
      WP Labuan

      PELATIH-PELATIH OKU PDK MUTIARA

      PELATIH-PELATIH OKU PDK MUTIARA
      KG 0329, KAMPUNG GANGGARAK, PETI SURAT 80286, 87012 WP LABUAN TEL/FAX : 087 467806

      MARNI BINTI MAHMUDDIN

      MARNI BINTI MAHMUDDIN
      Sindrom Down

      MUHAMMAD ASRAF

      MUHAMMAD ASRAF
      AUTISME

      AJ YUSOFF

      AJ YUSOFF
      Autisma

      Anggota

      RAFINAH

      RAFINAH
      ANGGOTA

      Sindrom Down

      NURUL SAADAH BINTI MOHD SULAIMAN

      NURUL SAADAH BINTI MOHD SULAIMAN
      Sindrom Down

      RITA BINTI JAMLEE

      RITA BINTI JAMLEE
      Sindrom Down

      INTAN

      INTAN
      Sindrom Down

      NAJWA

      NAJWA
      AMGGOTA

      DK MARLINIE BINTI MOHD TAUSI

      DK MARLINIE BINTI MOHD TAUSI
      Sindrom Down

      NORAIN BINTI MISE

      NORAIN BINTI MISE
      Sindrom Down

      AISYAH

      AISYAH
      AUTISME

      HAFIZ

      HAFIZ
      Autisma

      Queshairy Adha bin Durahman

      Queshairy Adha bin Durahman
      Autisma

      MOHD NOOR KHAIRULLAH BIN KHALID

      MOHD NOOR KHAIRULLAH BIN KHALID
      Autisma

      MOHD FARID BIN HUSSIN

      MOHD FARID BIN HUSSIN
      Autisma

      MOHD HAFIZUL BIN HASSAN

      MOHD HAFIZUL BIN HASSAN
      Autisma

      FATIHAH

      FATIHAH
      Sindrom Down

      MOHD PIROSEDDY BIN SIDEK

      MOHD PIROSEDDY BIN SIDEK
      Cerebral Palsy

      ANISAH BINTI MADIN

      ANISAH BINTI MADIN
      Cerebral Palsy

      FU JAY REN

      FU JAY REN
      Cerebral Palsy

      Henry Tiong kai Ping

      Henry Tiong kai Ping
      Pekak Bisu

      NURFAEZATUL ZALIFAH BINTI SABTU

      NURFAEZATUL ZALIFAH BINTI SABTU
      Cerebral Palsy

      RIDWAN BIN ABDULLAH

      RIDWAN BIN ABDULLAH
      Cerebral Palsy

      Emily

      Emily
      Cerebral Palsy

      CARTA ORGANISASI

      CARTA ORGANISASI
      JAWATANKUASA PDK MUTIARA

      PENASIHAT

      PENASIHAT
      En. Ishak bin Aku Abd rahman - Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat WP Labuan

      Pegawai Penyelaras PDK WP Labuan

      Pegawai Penyelaras PDK WP Labuan
      Pn. Dayang Bibiana Imran

      PENGERUSI

      PENGERUSI
      En. Mohd Sulaiman bin Bejo

      SETIAUSAHA

      SETIAUSAHA
      Pn. Norshimah binti Abd. Hamid

      BENDAHARI

      BENDAHARI
      En. Durahman bin Ludin

      AHLI JAWATANKUASA

      AHLI JAWATANKUASA
      Pn. Noraini binti Shahbuddin

      Pn. Norlah binti Mohd Yussof

      Pn. Roselina binti Kamaruddin

      En. Noor Maziz @ Sabtu bin Damit

      En. Mise bin Lauda

      Pn. Rosinah binti Kariodinomo

      Teo Boon Bay @ Steala

      Pn. Aimi binti Abdullah

      Blog List

      • Suara OKU
        Teley MAB 29 Julai 2022.
        2 years ago
      • PDK INSANI KG RAJA, MACHANG, KELANTAN
        PROGRAM PERTAMA DI TEMPAT BARU
        5 years ago
      • KITA DiAkhir Zaman - Semua TAHU tapi Ramai Buat Tak TAHU
        Ingat ...
        8 years ago
      • di belakang tabir pemulihan dalam komuniti
        latihan bola jaring dan badminton petugas pdk
        8 years ago
      • ILMU INTERNET
        Kerosakkan Dan Cara Membaiki Komputer (Asas)
        13 years ago
      • PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) SAMARAHAN
        Jualan Amal & Hari Tebuka PDK Samarahan 2012
        13 years ago
      • "BERSAMA KOMUNITI MEMBANGUN OKU"
        CEREBRAL PALSY
        13 years ago
      • PDK BISTARI PPOKU DUN BENTA
        RASIONAL LOGO BARU PDK
        13 years ago
      • RAWATAN ALTERNATIF TANPA UBAT
        Antara Kesan dan Tindak balas selepas mandian
        14 years ago
      • PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI SUNGAI PETANI
      • PPDK Telok Chengai
      • [ ..:::- PDK Ceria Bentong -:::.. ]
      • PPDK Mambong
      • PDKNet
      • PDK Jitra
      • PDK LABU KUBONG

       

      Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

      Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

      PDK MUTIARA

      VISI

      Meningkatkan kualiti hidup golongan
      Orang Kurang Upaya (OKU)

      MISI

      Berusaha memberi latihan, pembelajaran serta menjalankan aktiviti yang bersistematik dan berkesan

      MOTO

      “ Bersama Komuniti Membangun OKU”

      Followers