Didalam memajukan sebuah pusat harian PDK, satu jawatankuasa penyelarasan pemulihan dalam komuniti dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengeluarkan satu buku garis panduan untuk membantu pekerja PDK menjalankan tugas harian mereka.
Sebagai seorang penyelia di pusat PDK Mutiara dibawah seliaan saya, saya amat menekan kan kepada dua org petugas yang dibawah jagaan saya bahawa jika kita mengikuti segala langkah dan panduan yang telah ditetapkan didalam buku garis panduan ini, maka kita pasti akan dapat meningkatkan mutu pendidikan kepada oku di pusat harian kami.
Saya percaya buku garis panduan ini telah dicetakkan sedemikian rupa berpandukan kebijaksanaan pemikiran ahli profesional dan bijak pandai yang sangat memahami keperluan OKU di pusat-pusat harian di-seluruh malaysia.
Moga segala intipati dan tunjukajar serta bantuan penyediaan bahan rujukan untuk Rancangan Pembelajaran untuk OKU ini dapat di praktikan dan di adaptasikan secara sistematik dan berkesan.
Sekian untuk kali ini, moga dipertemukan di lain artikal dan dapat berkongsi idea dan pendapat mengenai, bagaimana memajukan pusat harian PDK Mutiara ini melalui komen dan perkongsian artikal untuk dimanafaatkan di sini.
Assalamualaikum, penutup bicara untuk kali ini dan moga berjumpa kembali.
BYE...
Tuesday
BUKU GARIS PANDUAN PEMULIHAN OKU DALAM KOMUNITI
Posted by PDK Mutiara at 04:45
Labels: pdk, pdk labuan, pdk mutiara labuan, pemulihan dalam komuniti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment