Sunday
Wakil dari Jabatan Taman Laut
Posted by PDK Mutiara at 07:20
Labels: jkm wp labuan, pdk, pdk mutiara labuan, pdkmutiara, pemulihan dalam komuniti, penyelia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pusat Latihan, Pembelajaran dan Aktiviti Harian Khusus Bagi Golongan Orang Kurang Upaya (OKU). "Bersama Komuniti Membangun OKU". Tel/Fax 087 460682
Bagi menjayakan program ini sokongan, bantuan serta sumbangan dari semua pehak amat diharapkan. Segala sumbangan boleh dihulurkan ke;
AKAUN PDK MUTIARA WP LABUAN
NAMA BANK :
BSN
CAWANGAN :
WP LABUAN
NO. AKAUN :
1211 4411 0001 4922
NAMA PEMEGANG AKAUN :
PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI MUTIARA, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
KATEGORI OKU
1 . Kurang upaya pendengaran
Kurang Upaya Pendengaran bermaksud tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaranTerdapat empat tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU kurang pendengaran iaitu:
a) Minimum (Mild) - 20 - < 30db)
b) Sederhana (Moderate) - (30 - < 60db)
c) Teruk (Severe) - (60 - <90db)
d) Sangat Teruk (Profound) - (>90db)
2 . Kurang upaya pertuturan
Kurang Upaya Pertuturan bermaksud mereka tidak boleh bertutur hingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini perlulah kekal atau tidak akan sembuh. Di bawah senarai mereka yang boleh dikategorikan bermasalah pertuturan dan perlu disahkan oleh Pakar Otorinolaringologi sekiranya ada kemusykilan. Keadaan ini termasuk kategori - kategori berikut iaitu:
3 . Kurang upaya penglihatan
Kurang Upaya Penglihatan adalah individu yang tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan tterhad di kedua - dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh. OKU penglihatan yang dimaksudkan boleh dibahagi kepada:-
Terhad bermaksud penglihatan lebih teruk dari 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantuan penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 darjah dari fixation
Buta bermaksud penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fixaton
*Buta sebelah mata tidak didaftarkan sebagai OKU.
4 . Kurang upaya fizikal
Kurang Upaya Fizikalbermaksud mereka yang mengalami keadaan seperti hemiplegia, paraplegia, tetraplegia, kehilangan anggota, kelemahan otot-otot yang mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti-aktiviti asas seperti penjagaan diri sendiri, pergerakan, penukaran posisi tubuh badan. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat hidup berdikari serta menghalang penyertaan penuh mereka di dalam masyarakat.
Keadaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau ketidakfungsian sistem-sistem seperti sistem saraf, kardiovaskular, respiratori, hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal ginekologi dan lain-lain.
Contoh penyebab ketidakupayaan ini adalah:
1. Limb defects(congenital/acquired)
2. Spinal Cord Injury
3. Stroke
4. Traumatic Brain Injury
5. Kerdil(Anchondroplasia)
6. Cerebral Palsy
Individu yang mengalami keadaan kekurangan tanpa menjejaskan fungsi contohnya kehilangan jari, mempunyai lebih jari/polydactaly dan tidak ada atau tidak sempurna cuping telinga tidak dipertimbangkan bagi pendaftaran.
5 . Masalah pembelajaran
Masalah Pembelajaran adalah satu keadaan di mana seseorang itu menghadapi masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah lewat perkembangan global, sindrom Down, lembam dan kurang upaya intelektual.
Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti autrisme(Autistic spectrum disorder), iAttention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik (dyslexia, dysgraphia, dyscalculia dll
6 . Mental
Kurang Upaya Mental bermaksud seseorang yang menghadapi penyakit mental yang teruk yang telah menjalani rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya 2 tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami dan telah menjalani rawatan psikiatri, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat.
Di antara jenis - jenis penyakit mental tersebut ialah Skizofrenia, paranoid, other Psychotic Disorder; Mood Disorder (depression, bipolar) dan Organic Mental Disorder yang serius dan kronik.
Walau bagaimanapun, pakar psikiatri akan menentukan bahawa tahap kefungsian sosial, kognitif dan kawalan tingkah laku pesakit terjejas dengan ketara atau teruk sebelum beliau dipertimbangkan bagi pendaftaran OKU.
7 . Kurang Upaya Pelbagai
Kurang Upaya Pelbagai bermaksud bagi individu yang mengalami lebih dari satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan dalam kategori - kategori yang sedia ada. Contohnya seorang individu yang mengalami ketidakupayaan penglihatan dan pendengaran akan didaftarkan dalam Kategori Kurang Upaya Pelbagai.
KETAKUPAYAAN PEMBELAJARAN
Bermaksud masalah khusus di dalam otak kanak-kanak ini, yang menjejaskan cara seseorang itu memproses dan bertindak balas terhadap sesuatu maklumat. Terdapat beberapa bentuk ketakupayaan pembelajaran iaitu;
§ Disleksia - ini adalah ketakupayaan pembelajaran yang menjadikan kanak-kanak itu sukar membaca, menulis, dan mengeja dalam cara yang biasa.
§ ADHD(Attention Deficit and Hyperactivity Disorder) - ini adalah satu gangguan yang menjejaskan keupayaan otak untuk menumpukan atau memfokus kepada sesuatu benda. Misalnya, seseorang kanak-kanak itu mungkin normal, cerdas, dan bijak tetapi dia tidak dapat menumpukan perhatiannya dan mengawal tingkah lakunya sendiri.
§ Dispraksia - ini satu ketakupayaan pembelajaran yang melibatkan masalah dengan gerakan anggota tubuh.
§ Diskalkulia - satu jenis ketakupayaan pembelajaran yang melibatkan matematik, apabila kanak-kanak itu mengalami masalah dalam pengiraan dan hitungan. Walau berkali-kali diajar dengan cara yang paling mudah, namun di tetap sukar memahaminya.
§ Autisme - ini pula merujuk kepada ketakupayaan kanak-kanak mengalami dunia persekitarannya, sebagaimana yang dialami oleh rakan-rakannya yang normal. Mereka sukar bercakap dan berbual-bual, sebaliknya mendiamkan diri serta memerlukan bantuan untuk berkomunikasi. Mereka juga bertindak balas dalam cara yang berbeza. Bunyi yang indah mungkin membingitkan telinga mereka. Sentuhan dan belaian yang manja mungkin menjadi sesuatu yang tidak disenangi. Mereka juga tidak dapat mengaitkan sesuatu perkataan dengan maksudnya. Jadi, mereka mungkin mengulang-ulang perkataan-perkataan tertentu, panas baran, dan bertindak balas secara luar biasa.
Program alternatif kepada perkhidmatan pemulihan untuk golongan orang kurang upaya (OKU) menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat.
PDK juga merupakan satu pendekatan pembangunan ke arah sokongan dan kesedaran masyarakat dalam membantu OKU untuk mengecapi taraf hidup yang lebih selesa.
Mengeratkan hubungan keluarga di mana orang kurang upaya tidak perlu dipisahkan dari keluarga dan masyarakat mereka semasa menjalani pemulihan.
Ibu bapa/keluarga/penjaga dan masyarakat dapat didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan kaedah pemulihan.
TUJUAN PERLAKSANAAN PDK
• Meningkatkan kualiti hidup golongan orang kurang upaya ke tahap maksimum
• Memberikan kesedaran kepada msyarakat setempat bahawa golongan masyarakat yang tidak berupaya perlukan bantuan
• Memberi pengetahuan, kesedaran pemulihan kepada golongan orang kurang upaya, ahli keluarga dan saudara mara terdekat dalam pemulihan
• Membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan ahli keluarga, golongan profesional, sukarelawan dan komuniti tempatan dalam merencanakan program untuk golongan kurang upaya
• Memulihkan OKU supaya boleh berfungsi sebagai orang biasa
• Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat komuniti
• Mengurangkan penempatan jangka panjang yang menyebabkan OKU disisih atau dijauhkan dari keluarga dan masyarakat
• Menyediakan peluang bagi OKU untuk membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi mereka melalui sumber-sumber yang ada
• Membolehkan integrasi sosial bagi golongan OKU yang mengurangkan sekatan fizikal, sosial, kebuadayaan dan psikologi yang wujud antara ahli masyarakat dan golongan OKU
• Menggalakkan penggunaan kaedah teknik pemulihan yang berkesan yang diterima masyarakat, sesuai dengan keadaan tempatan dan kemampuan
Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008,
“OKU termasuk mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat”.
Akta Orang Kurang Upaya 2008
Akta OKU telah diluluskan di Parlimen ( Dewan Negara ) pada 24 Disember 2007 dan telah diwartakan pada 24 Januari 2008 dan dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008.
Akta ini memberikan pengiktirafan hak OKU dan menukar konsep OKU daripada konsep kebajikan kepada konsep right-based.
Akta ini membolehkan OKU mempunyai hak penyamaan peluang dan penyertaan penuh dalam masyarakat setara dengan ahli masyarakat yang lain. Akta ini memperuntukan perihal berkaitan pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pembangunan dan kesejahteraan OKU.
Posted by PDK Mutiara at 07:20
Labels: jkm wp labuan, pdk, pdk mutiara labuan, pdkmutiara, pemulihan dalam komuniti, penyelia
PDK MUTIARA
VISI
Meningkatkan kualiti hidup golongan
Orang Kurang Upaya (OKU)
MISI
Berusaha memberi latihan, pembelajaran serta menjalankan aktiviti yang bersistematik dan berkesan
MOTO
“ Bersama Komuniti Membangun OKU”
0 Comments:
Post a Comment