Monday

JENDELA 2009

Salam...salam pertemuan berbicara melalui maya...

PDK Mutiara tercetus atas dasar cinta dan kasih sayang, umpama sebuah bahtera yang berlayar bertahun lamanya, berbagai onak dan ranjau di tempuhi, mendewasakan seseorang dan berdiri dengan semangat juang yang kental.

Setelah berbagai pengalaman di lalui, maka saya merasakan sudah tiba masa nya bertindak secara fizikal dan bukan hanya berkata2 dan tiada siapa yang peduli. Dengan semangat yang ada tambahan lagi saya mempunyai seorang anak istimewa....down sindrom...saya melangkah dengan satu azam...bahawa PDK Mutiara yang berdiri kini akan menjadi sebuah pusat di mana bukan hanya menjadikan anak2 istimewa seperti barang pameran tetapi juga menjadi sesuatu yang dapat menjadikan mereka belajar mengenai hidup dan tidak akan di pandang hina seperti peminta sedekah.

Tiada satu pun yang hadir di dunia ini sebagai sesuatu yang tidak berharga....segala-gala nya berfungsi mengikut kesesuaian. Maka mengapa mereka ini di ketepikan dan di pandang remeh...mereka ini lahir sebagai manusia sama seperti manusia yang normal...tetapi siapakah kita yang membeza-bezakan mereka.

Sekian buat kesempatan kali ini, moga dipertemukan di lain ketika dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Wasalam......bye...

0 Comments: